nuffnang ads

Wednesday, 15 February 2017

Hi,ini kali ke berapa eh aku post ni, hehe macam nak pecah rekod tahun lepas je. Hahaha. Okay untuk post kali ni, aku masih tengah fikir nak taip apa. Huhu tahu-tahu nanti dah panjang lebar post ni, hahaha.oh ye,mungkin boleh cakap pasal progress azam 2017. Masih kabur and tak nampak jalan lagi. 3 azam pun susah nak commit. Haha btw, azam yang ketiga aku boleh jamin. Haha, Aku terpaksa menolak lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup aku. Malas nak serabutkan diri.

Okay, disebabkan tahun ni umur aku 22. So aku kena get ready untuk menjawab pelbagai soalan dari makcik pakcik aku which is "Bila nak kahwin". Come on, muda lagi kut. Hahaha cuti semester baru ni pun mama selalu attack aku tanya pasal boyfriend. Ceramah kat aku pasal"Nanti dah kerja,ingat senang ke nak cari?" Oh god, please. Jodoh tu ada. Kalau takde,mungkin Allah dah kasi benda lain untuk aku.

Aku tak faham kenapa orang lain yang nikah muda ni boleh commit dengan tanggungjawab baru. Iaitu jaga lelaki. Haha, aku jaga diri sendiri pun kontang-kanting,keluarga apatah lagi. Huhu mungkin belum tiba masanya aku kut. Okay,husnudzon. Hhehee

Macam mana kita nak terima orang tu? Nak hadap sampai mati. Nak kena terima buruknya sekali.How guys? Haha, apa yang aku nampak selama ni, marriage is a risk. Huhu Aku tak nampak sangat baiknya perkahwinan tu. Sometimes. Yang manisnya bila kita ada partner,padahal banyak lagi yang kita tak nampak. Huhu love not suits me well. I have my own problems with myself. I can't describe what I want. okay, cukuplah membebel pasal ni, hahaha

Menabung and get fit, sedang diusahakan. Tambah-tambah perut ni membuncit dengan comelnya. Hahaha stress aku. Hm kenapa ye perut buncit? haha tu  la, skip lagi exercise,since pergi  program kat Kg Janglau. Hahaha makan banyak woi. Mana tahan ahahahaa. Okaylah, sampai sini aku  merapu. Yelah,bosan takde kelas seharian. Huhu apa aku nak buat lepasni. Aduhai memishang. Dah la hujan, takkan nak tidur lagi hahaha

okboi.

Sunday, 22 January 2017

Hai semua, kalau ada orang bacalah. Kalau tak ada, it's okay. Tak mengharap pun akan ada orang baca selama ini, hehehe. Tiba-tiba je rasa nak berblogging setelah sekian lama tak buat. huhu so apa yang akan aku tulis ni semua berkaitan dengan luahan perasaan aku sendiri.hoho acah je kau farah oi. hahaha

Pernah tak korang rasa korang tak bahagia dengan hidup korang sekarang?
Rasa kosong je hidup. Rasa nak pergi jauh dari semua orang yang kenal kita.
Ke aku sorang je rasa macam ni? hahaha

aku tak suka duduk rumah even aku selalu rasa nak balik rumah bila aku kat U.Aku tak rasa happy. Tak tahu kenapa. Aku macam jadi anak yang tak berguna kat rumah. Aku rasa macam aku tak berbakti kat mama abah. Dan sometimes aku rasa diorang tak perlu pun dapat anak macam aku. huhu okay, ni pasal rumah je. haha

Aku rasa tahun 2017 agak mencabar untuk aku. Baru 22 hari 2017 aku dah terasa beban. Banyak benda yang aku fikir. Habis belajar, kerja, bantu mama abah. Tapi sementara nak hbis beajar, aku banyak fikir macam mana nak cari duit. Yelah, dah umur 22 takkan nak mengharap duit parents lagi. so benda yang aku kena buat is BERJIMAT. huhu even susahh, but kena usaha jugak.

Ekonomi sekarang teruk, aku yang nak habiskan belajar pun rasa susah. Yelah, buku bukan murah. semuanya nak beratus. Tu tak kira makan lagi. Lagi la,lagi-lagi musim study week,minggu test, makan tak ingat dunia langsung.so sekarang aku rasa nak cepat-cepat habis belajar dan cari duit.memanglah kerja tak best macam belajar, tapi sekarang aku tak boleh nak rasa macam tu sebab belajar tak dapat menjana duit.aah, memang dalam kepala otak aku ni penuh dengan duit. macam mana nak cari duit. macam mana nak beranakkan duit. mana nak simpan duit. duit untuk apa. uish macam-macam dengan duit, hahaha macam orang gilakn duit je. kahkah duit boleh buat macam-macam.even orang kata duit bukan boleh beli kasih sayang. hm okaylah, stop pasal duit. hahaha

Aku dah taktahu nak cakap apa kat lelaki ni supaya tak kacau aku. aku dah cakap banyak kali, tapi still dia tak faham. aku tak suka dia, bukan sebab dia tak hensem ke takde duit ke apa. dah hati aku kata tak nak. apa jenis lelaki la yang tak faham bahasa ni. aku cakap baik-baik pun tak faham. cakap kasar pun takfaham. dah tu kau nak apa gila.aku tak rasa aku perlukan lelaki dalam hidup aku setakat ni. Aku macam tak boleh nak percaya lelaki. Yes, bagi aku semua lelaki sama.Hang cakaplaaa apa pun, aku still anggap lelaki sama je. huhu tolonglah kasi aku idea nak suruh lelaki ni senyap dan move on dari aku. aku serabutlah -,-

Kawan baik aku dah ada girlfriend! Hahaha tak sangka bulat-bulat tu pun ada awek yang tak boleh move on dari dia. hahahahhahaa. orang cakap lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik sebab nanti mungkin akan timbul perasaan. Haha, well, masa dia kasi tau yang dia dah ada awek, aku rasa biasa. so takde perasaan lebih-lebih k. HAHAHA

Okaylah jemah nak kemas bilik. Bilik dah macam sarang tikus. hahaha wassalam.