nuffnang ads

Thursday, 26 May 2011

semoga kau tenang di sana :)

assalamualaikum ,

pada hari selasa , pada jam 5.45 petang .. aku tengah sleep sleep .. tetibe amirah kejut aku bangun . aku pun marah marah lah dia sebab ganggu aku tidur . pastu mira cakap ! " cepat ! kemas beg , mama nak balik kampung " .. aku pun pelik .. asal tetibe mama nak balik kampung , cuti belum start lagi . aku pun tanya , " kenapa nak balik kampung pulak ??? " .. mira pun cakap , " EJAT DAH MENINGGAL .. EKSIDEN ... "



air mata aku mula bergelinang . menahan rasa sedih . aku tak percaya ! malah sampai sekarang aku tak percaya yang dia dah pun pergi tinggalkan kami semua .


Pelajar maut, tujuh cedera 


MACHANG - Seorang remaja maut, manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan lima kenderaan di Kampung Batu 23, Labok di sini, semalam. 

Kemalangan kira-kira jam 3.30 petang itu membabitkan dua lori, dua motosikal dan sebuah kereta. 

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, penunggang motosikal iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Mohd Aizat Adnan, 18, meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Dua mangsa, pemandu kereta dan kelindan lori cedera parah selebihnya cedera ringan. 

“Sebelum kejadian, kereta kancil dari Kota Bharu ke Kuala Krai dipercayai cuba membelok ke kanan sebelum dilanggar lori. 

“Akibat perlanggaran berkenaan, kereta Perodua Kancil itu memasuki laluan bertentangan yang kemudiannya dirempuh sebuah lori lain dan dua motosikal dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu,” katanya. 

SUMBER : sinar harian


walaupun aku tengok jenazahnya , aku tengok arwah dikebumikan .. aku still tak percaya lagi . semua orang tak menyangka dia akan pergi dulu .

mama nak balik kampung sebab arwah aizat anak kepada kembar mama aku . kalau aku pun , aku akan balik . walau apapun , aku akan cuba terima kenyataan yang arwah dah pun meninggalkan kami semua pada usia yang muda .

aizat , semoga kau tenang di sana .

aku hanya mampu titipkan al-fatihah dan yaasin untukmu :)

sebelum arwah meninggal ,
--> arwah nampak orang baca yaasin ramai-ramai , arwah pun cakap , " orang dok baca tuk aku tuh "
--> selasa , kawan2 dia ajak balek sekali , tapi arwah cakap , " toksay lah , aku nak balik,makan,tidur ! "
--> selasa lepas , 17 mei .. arwah mintak putus dengan makwenye . selasa ni , 24 mei .. arwah meninggal .

sampai sini post aku kali ini . aku tak mampu nak menaip dengan panjang . terlalu banyak nak dikongsikan , tapi air mata ni laju jatuhnye . salam .


al-fatihah buat MUHAMAD AIZAT BIN ADNAN .

aku sayang dia .
aku suka tengok dia .
kini ,
dia tak ada di dunia ini lagi . :"(

3 comments:

Belog MTT said...

al-fatihah..

mencari konklusi said...

sabar yer..kitorng sahabat aizat powwm xdapat trima smua nie.. tp ini dah takdir... kita harus trima...kita xley lawan kuasa allah... kitorng sbagai sahabatnya tlah redha pemergiaan dy,..harap arwah dapat pergi dgn tenang...doakan arwah berda dtempat org2x briman.... mlm n pagi sblum kjadian..arwah bersama kami...arwah nmnghiburkan kami... harap bersabar yer..takziah k....

farah syazana said...

yeah , kte hrus trima . hm , amin :) tenkiu ya ..