nuffnang ads

Monday, 20 February 2012

Abah gua !

Assalamualaikum.

Hai abah gua masuk berita.Hihi

Bekas tentera ceburi bidang asuhan kanak-kanak (abah gua laaaa nie)


Tidak mahu membuang masa selepas berpencen menjadi prinsip Mohamad Sobri Hasan. Sebaik sahaja mengambil keputusan pencen awal daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada umur 45 tahun, beliau terus membuka Cawangan Pusat Perkembangan Minda Children Islamic Centre (CIC) di Seksyen 15, Shah Alam.


Jarang sekali melihat pusat perkembangan kanak-kanak diuruskan oleh lelaki. Tambahan lelaki berkenaan bekas tentera yang selalu dikaitkan dengan ketegasan dan disiplin. Tetapi Mohamad Sobri membuktikan dirinya mampu menguruskan pusat berkenaan dengan sebaiknya.


Sebelum membuka pusat tersebut pada November tahun lalu, beliau telah menghadiri kursus dan latihan terlebih dahulu di Ibu Pejabat CIC sebagai persediaan awal.


Menurutnya, pada asalnya Mohamad Sobri tidak menyangka dapat membuka pusat kanak-kanak tersebut yang perlu mengasuh kanak-kanak dengan pelbagai karenah, justeru memerlukan kesabaran tinggi untuk menguruskan mereka.


“Tetapi setelah berfikir panjang dan berbincang dengan isteri, saya cuba melatih diri agar menyayangi kanak-kanak, banyak bersabar dan paling penting perlu masuk watak menjadi keanak-anakan apabila berhadapan dengan mereka.


“Kanak-kanak tidak suka sekiranya mereka dilayan dengan ketegasan, kemarahan, disiplin terlalu ketat dan suasana tidak ceria. Oleh itu sebagai Pengurus Cawangan, saya perlu memiliki semua taktik tersebut agar dapat mengambil hati kanak-kanak di bawah jagaan saya,” katanya kepada Sinar Harian.


Bentuk insan cemerlang


Mohamad Sobri yang tinggal berjauhan dengan keluarganya di Perak, berkata bukan penghalang baginya untuk meneruskan cita-citanya membantu kanak-kanak untuk membesar menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.


“Tujuan utama saya memohon membuka cawangan di sini adalah untuk membantu ibu bapa dalam mendidik anak masing-masing dengan ilmu dunia dan akhirat walaupun secara asas.


“Kedua, sebagai latihan kanak-kanak untuk berdikari dan berani apabila dewasa kelak. Di pusat ini, saya menerima kanak-kanak yang berusia antara dua tahun hingga enam tahun,” jelasnya.


Mohamad Sobri yang tinggal bersama anak bongsunya berumur empat tahun di sini berkata, walaupun cawangannya baru beroperasi sejak 4 Januari lalu, namun sambutan diterima amat menggalakkan.


“Kini cawangan saya menerima 40 kanak-kanak di sekitar Shah Alam. Mereka mampu belajar berdikari walaupun kadang-kadang ada ibu bapa tidak yakin anak mereka boleh dibentuk dengan cepat.


“Apa yang penting, taktik didikan perlu betul dan cara komunikasi perlu sesuai agar kanak-kanak ini faham apa yang ingin disampaikan,” ujarnya. Mohamad Sobri amat mementingkan keselamatan, keselesaan dan kesihatan kanak-kanak di bawah jagaannya ketika berada di pusat berkenaan termasuk makanan dan pergaulan mereka.


“Demi menjaga keselamatan penghuni pusat ini, saya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa bahagian dan sentiasa mengunci pintu utama untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


“Selain itu, disebabkan pusat ini dilengkapi dengan penghawa dingin, sebarang penyakit mudah tersebar dan sekiranya ada kanak-kanak yang sakit, saya akan meminta ibu bapa agar tidak menghantar pada hari berkenaan bagi mengelak sebarang jangkitan,” katanya.


Masak sendiri


Minat dalam bidang masakan memberi kelebihan Mohamad Sobri untuk menyediakan sendiri makanan berkhasiat untuk kanak-kanak di pusat tersebut.


“Dengan memasak sendiri, saya boleh menyediakan menu berbeza setiap hari. Aktiviti memasak untuk sarapan pagi dan tengah hari dilakukan di rumah dan membawanya ke pusat ini,” katanya.


Baginya, komunikasi dua pihak antara ibu bapa juga amat penting untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak dari segi pertuturan, pengiraan, dan pembentukan sikap agar berada pada landasan betul.




“Saya akan memastikan ibu bapa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Sekiranya ada masalah, mereka boleh terus menghubungi atau bertemu dengan saya.


“Ada kalanya ibu bapa menghubungi saya pada awal pagi dan lewat malam semata-mata mahu berbincang mengenai anak mereka. Justeru penerangan dan komunikasi dua hala ini memang amat penting,” jelasnya.


Pemilihan guru untuk mengajar kanak-kanak juga penting kerana mereka perlu tegas dan pada masa sama perlu juga lembut. Di pusat tersebut mempunyai empat guru yang terlatih dalam pengurusan kanak-kanak.
 Mereka fasih berbahasa Inggeris selain bahasa Melayu kerana kebanyakan sesi pembelajaran adalah dalam bahasa Inggeris. -sinar harian-
Haha itu abah sayang gua :) I know abah gua boleh buat yang terbaik :) And gua sebagai anaknya menyokong apa yang abah gua lakukan.Semoga abah berjaya dunia akhirat.Ehem dah masuk hal tadika,pernah sekali mama tanya..
"Nanti akak masuk Universiti,bolehlah ambik course pengurusan kanak-kanak"
Gua masa tuuu terkejut.Yelah,penat gua belajar dalam kelas sains,alih-alih jaga budak kecik.Masa tu.Sekarang gua taktahu apa cita-cita gua and gua fikir tak salah gua jaga bebudak.Sebab gua pun suka bebudak.Janji rezeki itu halal dah cukup.Buat something kerana Allah,sure mudah :D

Apapun,abah gua is the best!Sayang abah gua sangat-sangat.He can do more better than now.Gua doakan abah gua boleh bukak lagi 7 cawangan :) Ini cita-cita abah tersayang :D kbai,assalamualaikum.


p/s: budak excited cenggini laaa >.<

No comments: