nuffnang ads

Monday, 13 February 2012

We are friend now :)

assalamualaikum ,

Korang mesti ada pelbagai perangai tentang kawan korang kan?Sama dengan gua jugak.Selalunya orang akan cakap gua ni sombong,bajet and bla bla.Itu hak korang :) that's because anda tak kenal gua sepenuhnya.Gua tak sombong pun.Sikit pun tak.Tapi kalau setakat lelaki yang kata gua sombong,gua tak layan la.Suka hati gua la.Haha tapi dengan perempuan,gua seriously tak sombong.Gua ni penuh dengan perasaan malu tahu?Percayakah anda?Hahaha okay,just believe.Gua kekadang tak tegur orang sebab gua segan.Gua takut korang tak layan gua.Nanti gua malu.Baik gua malu awal-awal.Hahaha

Okay,orang juga cakap gua ni just nak kawan dengan budak hots je.Okay,meh gua terangkan.Gua tak pernah pilih kawan.Even bodoh ke,tak lawa ke,gemuk ke or anything about friends,gua tak pernah kisah.Sebab bagi gua,kasih sayang tu penting.So,jangan hairan kalau gua cepat marah hanya sebab kawan.Persahabatan bagi gua penting gila.Sangat-sangat :) Persahabatan macam ahli keluarga gua jugak.

Walaupun ada cerita yang mengaibkan tentang kawan gua,memang.Siapa nak kawan dengan orang yang teruk kan?Tapi tak salah kita berkawan dengan diorang,mana tahu diorang akan berubah.Setiap manusia boleh berubah :) Gua pun takde laa perfect mana pun.Gua pun banyak kelemahan.Tersangat banyak sampai takboleh disenaraikan.Tapi gua bersyukur,even gua tak sempurna,ada yang sayang gua.Yang selalu tegur gua,bagi nasihat.Gua betul-betul hargai semua itu.

Bagi gua,berilah peluang untuk kawan kita supaya dia berubah.Itu kehendak dia,hak dia untuk berubah.Kita?Doakan untuk kawan kita,semoga dia akan berubah.Alhamdulillah,gua tahu kawan gua dah berubah sikit demi sikit.Memang payah nak berubah tapi hargailah perubahan itu :) I just wanna to say I LOVE MY FRIENDS :) Buat kawan-kawan gua yang kini jauh di mata,gua nak korang tahu gua selalu rindukan korang.Rindukan kenangan gila kita.Gua tak pernah lupa.Sebab korang,gua mula pandai menghargai nilai sesuatu persahabatan.Thanks :) Nanti ada masa kita lepak sama.Gua sentiasa cari masa buat korang.

Yang dekat dengan gua,yang gila-gila macam orang yang tak lama lagi masuk Tanjung Rambutan..Gua nak cakap gua sayang korang.Thanks sudi kawan dengan manusia comels macam gua nie.Thanks sesangat.Tanpa korang,hidup gua sunyi :) Lain kali,kita karaoke lagi taw my girls sekalian :D Korang yang ceria mengalahkan budaks gila yang terlepas memeriahkan hidup gua.Mendengar masalah gua,berceloteh bersama-sama.Ah so sweet :)

Okay,saat ni gua cuma mahu cakap,HARGAILAH KAWAN KORANG :) Dengan adanya mereka,hidup kita akan meriah,ceria dan dapat mengurangkan masalah.Fungsi kawan buat manusia.Semua makhluk yang dijadikan Allah memerlukan sahabat :) Everyone must have someone that her loved.Khas buat kawan-kawan tercinta gua.Semoga persahabatan kita sampai Jannah.Semoga kita berjaya bersama-sama.Semoga kita sama-sama mengecapi kebahagian :) And semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dari Allah.

Ini saja untuk hari ini.ILYUJ :)

No comments: