nuffnang ads

Friday, 31 August 2012

Trial SPM


Assalamualaikum. Hai lamanku a.k.a diary. Sekarang musim aku menjawab percubaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. huish trial je pun. tak payah nak risau or takut sangat. err memang takutlah ceritanya. rasa macam nak blend semua buku aku jadi jus and then minum. akhirnya jus ilmu aku melekat dekat otak aku selama-lamanya. haha amacam? boleh kan? okay,benda bodoh.

okay, sekarang bahasa melayu, english dan sejarah telah selamaat dijawab. nak dapat A mungkin tipis. tapi lulus insyaAllah. minggu depan subjek susah. tapi dimana ada usaha,di situ ada kejayaan. so farah,jangan mudah mengalah. chaiyokssss ^^

bile orang tanya apa cita-cita aku, aku jawab doktor. haa okay, aku takut aku tak mampu. tapi aku yakin tiada yang mustahil dalam dunia nie. so, aku akan cuba buat yang terbaik dan yang aku mampu :) Untung aku ada motivator dalam dorm. boleh tiap-tiap hari ingatkan aku ni yang sering lupa.

okay lah, dah pagi. mahu tidur. Assalamualaikum. Opps don't forget to pray me yawwwsss :D

No comments: