nuffnang ads

Wednesday, 26 December 2012

Credit to My future Imam :)

Assalamualaikum.
Pertama,Saya tak suka memasak dan Tak Pandai pun.
Dan kenapa bila nak kahwin mesti ada "pandai memasak"? Take note , Dear future imam :) Saya tak pandai memasak. Bila mencuba , masakan itu tak seperti yang mama saya buat. Mungkin saya cepat berputus asa kan? Tapi mungkin kehadiran awak Mr Imam mungkin boleh membantu saya kan :P haha


Kedua,MOOD saya memang tak menentu.
Oleh itu, saya harap Mr Imam ialah orang yang penyabar. Bijak nak menangani mood yang tak menentu saya ni. he he he. Sometimes kesian tengok kawan-kawan saya. Yelah. Mood banyak sangat. Sampaikan buat diorang runsing. Kawan, minta maaf ya :) So, take note jugak ya Mr Imam and get ready. haha


Ketiga, saya juga seorang yang kuat membebel. Ya sometimes. Hahaha dan ini normal bagi semua perempuan yang tak lekang dengan label "kuat membebel" ni. Tapi alhamdulillah, tahap kebebelan saya masih di paras yang sangat rendah. Jangan risau ya Mr Imam, hehe :P

Dan seterusnya, biarlah Mr Imam muncul dalam hidup saya. Barulah awak akan tahu sendiri. Yelah. Kekadang apa yang kita cakap pasal diri kita sendiri berlainan dengan orang lain cakap. Jangan risau. Saya bukan MAKAN manusia pun. haha okay, setiap orang ada isteri idaman / suami idaman :) Tak terkecuali dengan saya yang comel sangat ni :P *mohon jangan jealous okay.* hahaha

So, Mr Imam... Saya harap awak termasuk dalam suami idaman saya :P haha

  1. Kuat agama. Sebab nanti awak boleh pimpin saya. Pimpin anak-anak kita.*aceyhh* k abaikan.
  2. Sedap mata memandang :) Biar tak handsome mana, tapi biar ada "nur" bila pandang awak. Sebab nanti boleh menenangkan hati :P eheh
Dah tak sanggup nak teruskan. Sebab? Bila dah ada jodoh tu, semuanya senang. Takde nak ikot sangat ciri-ciri suami idaman or bla bla bla. Btw, Mr Imam , take care. Semoga kita akan berjumpa suatu hari nanti :) kboi. Assalamualaikum.

p/s : doakan nak interview petang niiii ! yeahh chaiyok3x!


No comments: