nuffnang ads

Saturday, 15 December 2012

Petua petua baik... In sya Allah :)

Assalamualaikum. hari ni nak kongsikan apa yang aku dapat daripada usrah aku iaitu srikandi solehah. ehem,hari ni aku tak mahu bahasakan aku lah,tapi nak bahasakan "saya". hehehehe okay,petua ini daripada Imam Syafie. Semua orang mesti tahu kan Malaysia mengikut mazhab syafie. So Imam Syafie ni ialah pengasas mazhab syafie...

Yang pertama ialah 4 perkara yang menajamkan fikiran. Apa benda eh? so saya nak sharelah untuk kita semua. Antaranya ialah bercakap dengan orang yang soleh, tidak banyak berbual kosong, bergaul dengan para ulama' dan rajin bersugi(gosok gigi). Nampaknya kita selalu berbual kosong yang tak mendatangkan faedah kan. so kita kena try berubah kan. rajin bersugi in sya Allah kita boleh amalkan setiap kali sebelum solat kan? Takda yang mustahil untuk berubah ke arah kebaikan dan menajamkan fikiran kita.

Yang kedua ialah 4 perkara yang menajamkan mata. haha jangan sampaikan juling biji mata pulak.. so petuanya ialah duduk mengadap kiblat, bercelak sebelum tidur, memandang yang hijau dan berpakaian bersih. Mudah je kan? bolehlah kita amalkan.

Yang ketiga ialah 4 perkara yang menguatkan badan. Ha nak bagi tough sikit badan supaya tak mudah dapat penyakit. hehe abang-abang yang tough tu mesti selalu amalkan benda ni eh? *k menggedik sekejap* Antara petuanya ialah berpakaian dari kapas, memakai haruman, memakan daging dan kerap mandi. Ha baca elok-elok! KERAP MANDI! hehe jangan sekali mandi sehari... Macam mana nak kuat kan? he he he

Yang keempat ialah 4 perkara yang merosakkan mata. Huishh gaya macam biasa buat je. Antaranya ialah melihat orang dibunuh, membelakangkan kiblat, memandang najis dan memandang kemaluan! ha janganlah buat dah... Tu mata rosak. hihi

Yang terakhir ialah 4 perkara yang melemahkan badan! Antaranya ialah banyak minum ketika makan, banyak makan bahan asam, banyak bersetubuh dan selalu cemas! Alamak! terasa pulak. huhu lepas ni tak boleh dah amalkan benda-benda ini KECUALI BANYAK BERSETUBUH. Masih dibawah umur dan dibawah jagaan mama abah saya ^_^. *k jangan layan*

So,inilah petua Imam Syafie untuk kita. Mulai hari ini,marilah kita cuba mengamalkan benda yang baik dan meninggalkan benda yang memberi effect kepada kita. chaiyok chaiyok! amin. ini post untuk hari ni. dan untk pengetahuan kalian semua. semoga ia berguna kepada semua orang. kboi, assalamualaikum !

No comments: