nuffnang ads

Wednesday, 16 January 2013

40 hari.

Assalamualaikum. Hai lama tak meng-update blog. sejak tak jejak sekolah tahun ni, baru aku tahu betapa takutnya nak menghadapi dunia luar. kalau dulu, rasa selamat je dalam dunia persekolahan. sebab ada cikgu, family yang rapat, kawan-kawan. tapi sekarang everything kena handle dengan sendiri. dan rasanya amatlah menakutkan :'/

kenapa 40 hari? sebab aku bagi peluang kat dia 40 hari. dalam hati aku, takde niat nak memainkan hati dia. aku cuma nak dia berubah. tapi bukan sebab aku. aku nak dia berubah sebab yang Esa. aku tak layak. aku tak layak nak bimbing dia. tapi aku tahu. Allah akan tolong aku.

untuk dia. aku tak berharap perhubungan ini kekal lama. aku cuma nak kau sedar... ada aku pun dalam hidup kau, tak beerti aku akan jadi peneman kau. aku tak layak. kau lelaki. banyak tanggungjawab kau. aku cuma boleh tolong kau sedar apa tanggungjawab kau. apa yang kau perlu buat. aku dengan kau, masing-masing muda lagi. masing-masing jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh. banyak lagi yang perlu diduga.

nasihat untuk kau yang aku cuba sedarkan....
" jaga solat. jaga akhlak. jaga diri. "


assalamualaikum ^_^

No comments: