nuffnang ads

Monday, 21 January 2013

Lelaki.

Assalamualaiikum. hah asal lelaki. sebab aku sentiasa rasa lelaki ni suka buat aku jadi gila. aku ada masalah pun lelaki jugak. ahhh kenapa semuanya lelaki. lelaki suka membuat janji manis and susah nak tepati. termasuklah dia. kalau betul sayang, berubah. aku bukan manusia yang sempurna. aku cuma inginkan seorang lelaki yang mampu menjaga aku dunia akhirat. dan bukannya hanya untuk dunia saja.

kalau boleh, aku nak seorang lelaki yang boleh menjadi imam aku setiap kali solat. seorang lelaki yang boleh mendengar dan membaca al-Quran bersama-sama. aku inginkan seorang lelaki yang boleh membimbing dan menasihati aku. aku cuma inginkan seorang lelaki yang boleh menenangkan saat aku sedih, kecewa dan marah.

dalam dunia ni takde yang mustahil. orang boleh berubah sebab orang lain. dan kekadang juga orang yang dulunya teruk bila berubah, dia akan menjadi orang yang lebih baik daripada orang yang baik dan alim. tak perlulah nak berubah sampai berserban berjubah bagai. cukuplah menjadi seorang yang menjaga solatnya, menjaga keluarganya, menjaga agamanya. cukuplah semua itu.

aku tetap akan tepati janji 40 hari aku. terseksa macam mana sekalipun. aku try nak ubah kau. try ubah kau menjadi insan yang lebih baik. bukan untuk aku, tapi untuk pencipta kau wahai lelaki. kau boleh pilih untuk berubah. ataupun tidak. aku tak mampu nak halang.

Mood : kecewa dengan insan bernama LELAKI :'/


assalamualaikum.


No comments: