nuffnang ads

Wednesday, 27 February 2013

#2

Sambungan dari #1.

Kenapalah dia muncul balik? Kenapa sekarang? Kenapa selepas mama dan abah aku meninggal? Semuanya hanya persoalan yang tidak diluahkan kepadanya.

Maaf, saya tertekan .

Ahh, menipu! Em takpelah. Bukan selalu. Terdesak sangat. 

Oyeke?Saya ingat awak dah tak nak cakap dengan saya.

Sudah! Mana dia tahu ni... Aizat Anas. Kenapa kau muncul semula selepas kau putuskan pertunangan kita? Tahukah engkau aku sangatlah terluka.

Kalau awak rasa macam tu, so tak perlulah saya nak cakapkan lagi kan?

Adoi Aisyah Farahin! Apalah kau balas ni?! Bukankah kau terlalu merindui dia?? Masuk lagi SMS daripada dia.

Saya mintak maaf, Aisyah. Saya tahu awak dah bencikan saya. Tapi saya mohon, berilah saya kesempatan untuk meminjamkan bahu dan telinga saya untuk awak. Saya tahu sekarang awak tengah bersedih.

Terkedu. Mata aku mula bergenang. Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?! Ya,dia benar. Aku memang memerlukan bahu untuk meluahkan rasa sedihku. Rasa sedih dengan pemergiaan dua insan tersayang. Tapi ... Adakah bahu itu milik Aizat Anas? Bekas tunangku sendiri...

It's okay. I can manage myself. I've my own shoulders and ears. Thanks :)

Dia cuma kenangan. Dan tak perlulah aku memulakan semula. Biarlah jawapanku tadi membuatkan dia tersedar. Tiada sebarang balasan daripada dia. Ah, mungkin dia sedar.

********************************************************************

Sedang aku mencuci mata di Aeon, aku bertembung dengan AIZAT ANAS! Apa yang patut aku buat sekarang? Melarikan diri? Ah, tak boleh. Nampak sangat yang aku ni tak matang. Ya Allah, mata dia sedang tengok aku ni. Ah biarlah. Selagi dia tak tegur aku, aku takkan tegur dia. TEKAD! Aku berjalan selamba di hadapannya. Tiba-tiba....

"Aisyah Farahin." Sudah! Dia panggil aku. Nak sahut ke idok eh?
"Aisyah Farahin" Dia memanggilku buat kali kedua. Ya, nak tak nak aku kena menyahutnye.
"Oh, maaf. Tak dengar!",balasku selamba. "Betul ke tak dengar? Ke sengaja pekakkan telinga tu?",perlinya yang membuatkan aku tersentak! Dia selalu tahu apa yang aku cuba buat. Ish geram!
"Kalau tegur setakat nak perli saya, baik tak payah!",aku mula beredar dari situ..Dia mengekoriku dari belakang. Haish kenapalah mamat ni?! Aku sekeh jugak kepala dia nanti.

"Yang awak ni ikut saya kenapa?!" aku menjelingnya.
"Yang awak perasan kenapa? memang mall ni awak punya." balasnya selamba. Ah, dia perli aku lagi. Jangan dilayan Aizat Anas ni. Tahun depan belum tentu habis! Aku melajukan langkah aku ke parking kereta. Tiba-tiba dia menarik tanganku.

"Awak tak rasa nak tanya khabar saya ke?" tanyanya. Senyuman dia terlalu manis!
"Perlu ke? Mulut saya tak teringin pun nak tanya." balasku.
"Oyeke? Em, hati awak?" tanyanya lagi. Pandangan dia membuatkan aku sedikit kelam kabut! ceit, bertanyakan soalan cepumas!
"Hati lagi ganda tak!" balasku lagi. Aku menipu lagi. Tipulah aku tak mahu tahu pasal dia sekarang.
"Hm, kalau macam tu, jom!" dia menarik aku masuk semula ke dalam mall...Susahnya nak lepaskan tangan besar milik lelaki Aizat Anas ni. Huh!

"Aizat Anas, boleh tak lepaskan tangan saya? Tak perlu nak pegang tangan bagai." aku mula meninggikan suara. Dia memandangku seketika lalu dia melepaskan tangan aku. "Maaf." balasnya perlahan. Aku mengangguk. Lalu aku berjalan masuk ke arah Secret Recipes. Dia hanya membuntuti aku dari belakang.

"Dik, bagi saya orange juice." pesanku. Aku memandang Aizat yang leka memandangku. Ah,dia buat aku malu sendiri. "Awak nak minum apa?" tanyaku. "Takkan awak lupa apa yang saya selalu minum?"balasnya selamba. Aish orang tua ni! Saja je nak uji hati aku! "hm dik, apple juice satu ye."aku menambah pesanan. Pelayan itu mula beredar.

"Tak puas lagi ke menatap muka saya ni?!"perliku. Dia hanya tersenyum. "Tak. Sampai bila-bila pun tak." balasnya yang buatkan hatiku bergetar. "Awak tarik saya masuk dalam mall ni semata-mata nak tengok muka saya ke haa?!"aku mula meninggikan suara. Semua pelanggan di Secret Recipes ini memandang ke arahku dan dia. Adeh malulah pulak. Dia masih bersahaja. Tiada respons. "Sejak bila awak pandai tinggikan suara? Mana Aisyah Farahin yang menjaga setiap kata tuturnya. Yang lembut dalam berkata-kata. Mana awak yang dulu?",matanya redup memandangku. Aku membiarkan pertanyaannya itu tidak dijawab. Itu sebab aku tidak punya jawapan untuk dia. Aku masih sama,Aizat. Cuma aku bersikap ego.

********************************************************************************

Memandang awan yang biru mampu menenangkan hati yang terganggu dengan kehadiran Aizat Anas di airport tadi. Alahai. Kenapalah dia tiba-tiba muncul selama ini? Apakah yang dia inginkan dari aku? Tiba-tiba aku teringat sebuah kotak berwarna merah jambu. Ia pemberian daripada Aizat. Aku terus membukanya. Alangkah terkejutnya hati apabila terlihat sebuah album yang dipenuhi dengan gambar-gambarku dengan dia. Apa ni? Aku semakin tertanya-tanya. Aizat menyelitkan sekeping surat di dalam album itu.


Assalamualaikum saudari cantik,Aisyah Farahin.
 First,saya nak minta maaf atas segalanya. Saya tahu saya tak patut muncul dalam kehidupan awak. Saya tahu awak terganggu dengan kehadiran diri ini. Tetapi saya endahkan. kerana perasaan sayang, rindu dan cintakan awak masih ada. Tidak pernah berkurang sedikit pun walaupun saya sendiri yang memutuskan tali pertunangan kita. Saya tak mampu nak terangkan kepada awak mengapa perpisahan itu terjadi selama ini. Tapi hari ini, saya sudah tekad akan terangkan kepada awak tentang perkara yang sebenar.. Aisyah Farahin. Saya mohon maaf kerana melukakan hati awak, memalukan awak dan meninggalkan awak. Awaklah yang paling seksa untuk saya lepaskan. Saya terlalu menyintai dan menyayangi awak.Dalam hati saya penuh dengan syukur. Kenapa? Sebab saya sempat explain hal yang sebenar kepada arwah mama abah awak. Saya sempat jaga diorang. Saya sempat mohon maaf kepada mereke kerana telah melukakan hati anak gadisnya yang cantik ini. Saya juga sedih apabila tahu mama abah dah tiada.

No comments: